perkara yang boleh menjejaskan keindahan bibir mu

Kalau sesiapa yang selalu bersolek, mungkin sudah biasa dengan masalah ini. Tetapi ada juga mengambil mudah penjagaan bibir. Sama macam juga... kadang-kadang. =)

Selepas membaca majalah-majalah lama yang masih dalam simpanan saya, terjumpa satu petikan yang amat berguna iaitu tentang punca-punca yang boleh menjejaskan kesihatan bibir anda.
  1. Alat solek yang tidak sesuai: semestinya alat solek yang diletakkan di bibir adalah lipstik. Ape kesannya jika ianya tak sesuai dengan bibir anda? Bibir anda mungkin akan kekeringan, merekah, gatal-gatal dan juga kemerah-merahan. Mungkin juga tempoh alat solek anda telah tamat tempoh atau sudah dijangkiti kuman. Seelokkanya sapukan salap bibir sebelum anda menyapu lapisan lipstik untuk memberikan pelindungan yang baik kepada bibir anda.
  2. Alat solek tercemar: Bagaimana nak tau alat solek tu tercemar? salah satu ciri cirinya adalah tekstur alat solek yang berubah contohnya menjadi keras ataupun berubah warna. Untuk mengelak keadaan ini berlaku dan boleh menjejaskan kesihatan bibir anda, seeloknya bersihkan tempat simpanan alat solek dan jangan dedahkan alat solek di tempat panas terik.
  3. Menggigit bibir: Habit ini amatlah susah untuk dielakkan. Macam mana saya tau? Sebab saya pun ada habit ini. Habit ini akan menyebabkan bibir mudah menjadi kering dan luka-luka. Kalau dilihat betul-betul tona warna bibir juga tidak sekata disebabkan habit ini ye. Oleh itu mari kita segera tinggalkan habit ini!
  4. Sinaran UV: Seperti kita tahu, sinaran uv amat mengancam kulit kita yang amat manja ini. So apa perlu kita buat? Carilah alat solek yang mempunyai ini ---->SPF15, jangan tanya kenapa number 15 yang menjadi pilihan, tapi sememangnya SPF15 dilengkapi dengan pelindung UV.
  5. Gaya Hidup: Semestinya gaya hidup memberi kesan terhadap diri anda seperti merokok, alkohol dan sebagainya. Jika anda tegar dengan amalan gaya hidup ini anda juga perlu redha dengan kos-kos yang akan anda tanggung akibat kesannya. Paling ketara adalah rawatan gigi. Rawatan gigi sangat mahal ye puan-puan. Oleh itu, sebelum bibir dan gigi anda rosak dengan amalan hidup sebegini, sebaiknya anda elakkan. Kan senang.
tak keterlaluan jika saya nak nyanyikan mcm ni..... "tiru macam saya...." =p

Comments

Post a Comment

Popular Posts