Tips Menjaga Pokok Bunga Rose / Bunga Mawar

Salam Semua!
 
Iols masih lagi dalam mood gardening and go green!
 Bila menjaga pokok2 memang la penat tapi semua penat semuanya hilang bila nampak bunga, tambah lagi bila bunga tu sihat dan cantik.

 
macam tu la perasaan iols bila tengok bunga rose iols ni... seronok tengok, sebelum pegi keje tinjau dulu pucuk2 yang hamper nak kembang, lepas tu bila balik keje terus pegi kat pasu bunga, tengok dah kembang ke belum... hehehe
 
berikut antara tips yang iols amalkan untuk mendapat bunga rose yang cantik can sihat:
  • amalkan siram dengan air basuhan beras. Ada juga sesetengah petua cakap air basuhan ikan juga bagus. Tapi iols tak pernah try lagi. Setakat sekarang cuma amalkan air basuhan beras.
  • sentiasa siram untuk pastikan kelembapan Tanah. Pokok bunga ros perlukan cahaya matahari dan juga Tanah yang lembap. Air perlu cukup untuk memberi kesegaran. Amalkan siram pada waktu sejuk seperti lewat petang, lewat malam dan juga awal pagi.
  • gunakan pasu atau bekas yang besar utk menggalakkan penumbuhan. Pasu atau bekas yang kecil akan menghadkan tumbesaran pokok kerana akar akan padat di dalam pasu dan meminimakan khasiat.
  • jangan lupa utk bajakan pokok dengan baja penggalak bunga dan baja utk tumbesaran utk memberi khasiat yang cukup pada pokok.
tu saja tips yang dikongsi utk kali ni.
 
nanti kalau ada tips lagi iols akan tulis k.
 
daa!


Comments

Popular Posts