Me and bubu ----- jarak jauh

Saya selalu mengingatkan diri sendiri tentang cabaran yang perlu dihadapi sekiranya terpaksa mengalami percintaan jarak jauh. Apa yang perlu diterapkan adalah:
- kejujuran, walaupun pasangan tak nampak perlakuan kita dan tak tau niat hati kita, yakin lah dalam diri bahawa kejijiran yang ikhlas akan di balas dengan baik dan sekiranya tidak jujur... pembalasan nya tetap akan tiba
- kirim lah berita sedaya mungkin mengikut kesesuaian supaya perhubungan tidak akan tergantung begitu saja. maklum lah, kita cuma hanya manusia biasa, hati juga tak dapat di duga. Maka sentiasa lah semai sifat kasih sayang walaupun berjauhan. Tak rugi pun, untuk diri sendiri juga.
- kuatkan semangat. Itu adalah satu kemestian... al maklumlah, kat luar sana banyak sangat manusia yang kurang kasih sayang akan menguji hubungan anda. Maka kalau kita sedia maklum dengan perkara ni, yang patut kita buat ialah "bye bye" kat orang yang tak tau malu ni. Kadang-kadang manusia ni sanggup buat apa saja untuk menarik perhatian kita, so kuatkan semangat dan jangan terperangkap!
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi pengalaman. Selamat bercinta!
Comments
Post a Comment